






Kajian mendapati 11.7 peratus maahad tahfiz perlu memberhentikan semua kakitangan, mampu bayar separuh gaji (52 peratus), boleh bertahan tidak lebih tiga bulan (34.4 peratus), tidak menerima bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) (38.1 peratus) dan menerima yuran separuh atau kurang kerana ibu bapa tidak berkemampuan (85.4 peratus).
Secara keseluruhan ketika ini terdapat sebanyak 1,198 maahad tahfiz persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Jakim dengan 84,643 murid dan 10,357 guru.
Apabila ibu bapa berdepan cabaran untuk membayar yuran berkenaan, pusat tahfiz juga terkesan kerana tidak mampu membayar gaji guru, bil air, bil elektrik juga sewa bangunan dan urusan berkaitan.
Kira-kira 70 hingga 80 peratus sumber kewangan utama adalah yuran pelajar tahfiz manakala 20 hingga 30 peratus hasil infak sama ada orang ramai mahupun orang perseorangan.






Madrasah Mazahirul Ulum ( MMU ) telah ditubuhkan pada awal Januari 2002 dengan nama Madrasah Tahfizul Quran Nurul Huda. Awal penubuhan madrasah secara tidak rasmi telah beroperasi selama 8 tahun sebelum didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri pada 06hb Januari 2010. Tanggal 21 hb. Mei 2009, pihak pengurusan madrasah telah mengadakan mesyuarat pertamanya bagi melantik pengurusan ahli jawatankuasa baru untuk didaftarkan di bawah jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.
Bermula dengan pelajar seramai 7 orang dan 2 orang tenaga pengajar, kini telah berkembang kepada 290 orang pelajar termasuk pelajar dari luar negara seperti Cambodia, Vietnam, Thailand dan Canada dengan 30 orang tenaga pengajar.












” Sahaja aku Bersedekah dengan Jumlah Sumbangan yang tersebut kerana Allah Ta’ala “

MADRASAH MAZAHIRUL ULUM
KEDAH DARUL AMAN ( M.M.U. )
( NO. PENDAFTARAN JHEAIK : 02/2010 )
Kampung Bukit Choras Dalam
06800, Kota Sarang Semut
Alor Setar, Kedah Darul Aman.